LAWATAN TNCHEPA & TNCJINM KE PRODUK KELESTARIAN PERTANIAN KOLEJ SEPULUH | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » LAWATAN TNCHEPA & TNCJINM KE PRODUK KELESTARIAN PERTANIAN KOLEJ SEPULUH

LAWATAN TNCHEPA & TNCJINM KE PRODUK KELESTARIAN PERTANIAN KOLEJ SEPULUH

YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan YBhg. Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, yang merupakan mantan Pengetua Kolej Sepuluh dan kini menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) di Universiti Putra Malaysia. Baru-baru ini YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu dan YBhg. Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, telah membuat lawatan rasmi di Kolej 10 bagi Program Kelestarian Pertanian – PUTRA H.E.P.A .YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu dan YBhg. Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin berharap agar program ini dapat diusahakan dengan lebih konsisten dan berkembang maju demi mencapai hasrat Putra H.E.P.A yang telah diperkenalkan.

Untuk makluman, Program Kelestarian Hijau ini merupakan salah satu inisiatif pengurusan Kolej 10 bermula dari 18 March 2020 (Perintah Kawalan Pergerakan 1) dilaksanakan. Tujuan asal program ini adalah untuk memupuk nilai selfsufficiect @ sara diri pada setiap individu terutamanya untuk warga kolej 10. Selain itu, Kolej 10 juga turut memulakan penternakan ikan Tilapia pada awal tahun 2021. Bermula hujung tahun 2020 penanaman mula dibuat secara konsisten dan sehingga 11 Januari 20210. Hasil daripada tanaman tersebut, Kolej 10 telah berjaya menghasilkan Salad (13.65kg), Sawi (29.47kg), Bayam (3.5kg) dan Pak Choy (1.55kg) dan buah Rock Melon (50kg).

Hasil dari semua tanaman yang berjaya ini memberikan kesan yang baik. Malahan, semua pembungkusan sayur turut dilakukan dan hasil tanaman telah dijenamakan sebagai VEGETEN.

 

 

Tarikh Input: 15/01/2021 | Kemaskini: 15/01/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAi~