Majlis Amanat Pengetua Dan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Majlis Amanat Pengetua dan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh

Majlis Amanat Pengetua dan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh

KOLEJ SEPULUH, 16 OKTOBER 2022 – Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023 telah menganjurkan sebuah program iaitu Majlis Amanat Pengetua dan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023 pada 16 Oktober 2022 (Ahad) yang lalu bertempat di Dataran Kolej Sepuluh. Program ini merupakan sebuah program merit wajib dan merupakan perjumpaan kali pertama antara Pengetua Kolej Sepuluh dan semua pelajar Kolej Sepuluh. Seramai 1,048 orang pelajar termasuk pelajar antarabangsa dan pascasiswazah Kolej Sepuluh turut hadir bagi menjayakan program pertama pada Sesi Akademik 2022/2023 di mana program ini mewajibkan penglibatan semua pelajar.

Program bermula pada jam 8.30 malam dan dimulakan dengan pengisian pertama program iaitu penyampaian amanat daripada Pengetua Kolej Sepuluh iaitu Prof. Ts. Dr. Wan Zuha bin Wan Hasan. Melalui program ini, Pengetua Kolej Sepuluh berkesempatan untuk menyampaikan segala amanat dan harapan beliau kepada semua pelajar Kolej Sepuluh serta menekankan kepentingan penglibatan pelajar dalam aktiviti kolej. Beliau turut menerangkan kepada semua pelajar berkenaan perancangan penambahbaikan infrastruktur kolej dan perancangan aktiviti kolej pada masa kini dan akan datang.

Kemudian, program pada malam itu diteruskan pula dengan penyampaian watikah pelantikan kepada barisan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023 yang baharu dan diteruskan dengan lafaz ikrar yang diketuai oleh Presiden MPK Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023 iaitu Saudara Muhammad Fikri bin Mohammad. Seramai 38 orang pelajar Kolej Sepuluh telah dilantik bagi menggalas jawatan MPK bagi sesi kali ini. Program ini tamat pada jam 10.10 malam dan para pelajar Kolej Sepuluh dibenarkan untuk mengambil makanan yang disediakan di Foyer Blok Lelaki sejurus selepas tamat program dan pendaftaran keluar pelajar.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar di mana objektif program ini telah tercapai. Diharapkan agar program ini dapat memberi kesedaran dan peringatan tentang betapa pentingnya penglibatan pelajar Kolej Sepuluh dalam menjayakan aktiviti kolej.

Tarikh Input: 30/10/2022 | Kemaskini: 27/11/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEePAa~