MAJLIS AMANAT PENGETUA DAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA KOLEJ SEBELAS DAN SEPULUH | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » MAJLIS AMANAT PENGETUA DAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA KOLEJ SEBELAS DAN SEPULUH

MAJLIS AMANAT PENGETUA DAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA KOLEJ SEBELAS DAN SEPULUH

26 September 2018 merupakan hari yang penting untuk Kolej Sepuluh dan Sebelas kerana pada tanggal tersebut telah berlangsungnya dua majlis yang sangat bermakna kepada penghuni Kolej Sepuluh dan Sebelas. Majlis yang bertama adalah Majlis Amanat Pengetua dan disusuli dengan Watikah Pelantikan Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2018/2019 Kolej Sepuluh dan Sebelas. Kedua-dua program ini dilaksanakan di Dewan Sri Budiman, Kolej Sebelas Universiti Putra Malaysia.

 

Prof. Madya Ir. Dr. B.T. Hang Tuah bin Baharudin yang merupakan Pengetua Kolej Sepuluh dan Sebelas telah menyampaikan amanat dan harapan beliau kepada semua penghuni Kolej Sepuluh dan Sebelas. Pelbagai pembaharuan telah dilancarkan pada sesi 2018/2019 ini sejajar dengan racangan yang telah diusulkan oleh pihak pengurusan kedua-dua buah kolej. Sesi soal jawab antara penghuni kolej dan Pengetua juga telah diadakan untuk memastikan suara penghuni Kolej Sepuluh dan Sebelas ini sentiasa didengari oleh pihak pengurusan kolej.

 

Seterusnya majlis disusuli dengan Watikan Perlantikan Majlis Tertinggi (MTM) Kolej Sepuluh dan Sebelas. Tujuan majlis ini dianjurkan adalah untuk melaksanakan pelantikan MTM buat kedua-dua kolej secara rasmi. Di samping untuk memperkenalkan kepada pelajar barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa yang menerajui Kolej Sepuluh dan Sebelas bagi sesi 2018/2019 ini.

 

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada barisan MTM Kolej Sepuluh dan Sebelas atas perlantikan yang telah dilaksanakan.Tidak lupa juga ucapan selamat menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah disandarkan dengan adil dan saksama.

 

Gambar sepanjang aktiviti

Tarikh Input: 07/10/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNA3~