PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KE KOLEJ SEPULUH SESI 2019/2020 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KE KOLEJ SEPULUH SESI 2019/2020

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KE KOLEJ SEPULUH SESI 2019/2020

 

SERDANG, 4 Sept–Pada 1 September 2019 menjadi sejarah baharu kepada  hampir 600 orang pelajar yang telah mendaftar di Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM). Sesi pendaftaran berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Sesi pendaftaran dikendalikan dengan sokongan padu Majlis Perwakilan Kolej (MPK).  Sesi orientasi kemudiannya dijalankan sejurus selepas sesi pendaftaran tamat. Aktiviti diteruskan dengan taklimat mengenai PUTRA VID dan Badan Beruniform seperti PALAPES, SUKSIS, dan SISPA. Melalui taklimat tersebut, para pelajar baharu didedahkan mengenai PUTRA VID yang merupakan aplikasi yang digunakan untuk menunjukkan identiti diri sebagai seorang pelajar di UPM.

Selain itu, beberapa aktiviti juga turut dijalankan sepanjang tempoh sesi orientasi. Antaranya taklimat dari Hal Ehwal Pelajar  dan Alumni (HEPA), Fakulti dan Pendaftaran Kursus, Keselamatan Jalan Raya, Meal Plan, Perpustakaan,Pusat Kesihatan Universiti dan Bahagian Keselamatan, dan Majlis Ikrar Bersama Naib Canselor.

Presiden Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Iskandar Zulkarnain Adamulhasza, berkata “Kolej Sepuluh menerima jumlah pelajar baharu yang paling ramai berbanding dengan kolej-kolej lain”. Beliau juga berkata bahawa ini merupakan satu kebanggaan bagi warga Kolej Sepuluh.

 

Berita oleh: Ellysa Addeline Nasoh

Gambar: Instagram Kolej Sepuluh


 

Tarikh Input: 13/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAy~