TAHNIAH! AHMAD QADRI BASRI ALUMNI UPM & KOLEJ SEPULUH MENANG ANUGERAH PERDANA BELIA TAHUN 2018 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » TAHNIAH! AHMAD QADRI BASRI ALUMNI UPM & KOLEJ SEPULUH MENANG ANUGERAH PERDANA BELIA TAHUN 2018

TAHNIAH! AHMAD QADRI BASRI ALUMNI UPM & KOLEJ SEPULUH MENANG ANUGERAH PERDANA BELIA TAHUN 2018

KUCHING 27 April 2019 - Ahmad Qadri Basri, Alumni UPM (Kelas 2017) muncul sebagai pemenang selepas dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perdana Belia Negara yang telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak di sini. Anugerah berprestij dalam kalangan beliau itu disampaikan oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Sebelum ini, Qadri telah mencatat sejarah tersendiri apabila beliau telah dipilih sebagai Ikon Belia Sarawak selepas memenangi Anugerah Belia Negeri Sarawak Tahun 2018 yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak.

“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan saya harap kemenangan yang saya peroleh ini dapat menjulang nama baik Universiti Putra Malaysia, Fakulti dan Kolej Sepuluh serta menjadi pemangkin kepada semua terutamanya para belia di negara kita untuk lebih banyak memberi sumbangan kepada negara ini” kata beliau.  

Qadri, anak jati kelahiran Sarawak ini merupakan seorang usahawan berjaya yang juga Alumni Kolej Sepuluh termasuk  mantan Felo Kolej Sepuluh (2011-2017) dan mantan Majlis Perwakilan Pelajar UPM  (2009-2010) pernah dianugerahkan Anugerah Putra Intelek sewaktu majlis Malam Seri Gemilang 2011. Beliau merupakan Alumni Jabatan Rekabentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM.

Anugerah Perdana Belia Negara merupakan anugerah di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), mula diperkenalkan pada tahun 1988, dikenali sebagai Anugerah Perdana Belia Negara pada tahun 2011 yang bertujuan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang memberikan sumbangan terhadap pembangunan belia di negara kita.

 

Oleh       : A. Fadzil F.Z.

Siaran    : 28 April 2019  

Link        : Ahmad Qadri Basri FB

                 K10 FB

                 K10 Insta

Tarikh Input: 30/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
WXEeJAw~